Monday, 29 December 2014

Sensitif ke?

Lately ni asyik nak sentap ngan hubby. Padahal bukan dia marah aku pun. Tapi bila aku tanya, ada kala aku rasa jawapan dia sinis. Perasaan je la kot.
 
Cepat terasa ni sebab emosi aku tak stabil kot. Macam-macam yang aku fikir. Gangguan syaitan maybe. Ada kala aku terasa mcm mana kalau hubby nak kawin lagi? Sebab kami tak dikurniakan rezeki anak lagi. Ishkk..
 
Pernah aku tanya hubby, nak ke dia kahwin lain? Jawapannya sempoi la.. Yang ada sorang ni pun susah nak jaga, macam mana nak ada yang lain? :)
 
Senyum sekejap dengar statement tu. Dia sambung lagi, kalau lelaki nak kahwin lain, bukan sebab anak semata. Berlambak yang ada anak ramai pun still kahwin lain. True enuff la. Bukan aku tak pernah jumpa senario gitu.
 
Alhamdulillah hubby aku penyayang. Selalu care pasal aku, dan bersabar dengan kadar sentapan aku yg melampau2 lately ni. Aku akan sentiasa cuba mengawal diri dan perasaan. Jangan mudah mendengar bisikan syaitan. Aku kena kuat dan sentiasa ingat segala yang berlaku ini, cubaan, nikmat dan sebagainya adalah daripada Allah. Aku sebagai hamba, perlu syukur dan sentiasa sedar akan kebesaranNya.
 
Bukan lama hidup ini pun. Satu hari nanti, kita semua bakal pergi ke alam lain.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete