Monday 22 December 2014

Balik Kampung

Now kat area Pantai Timur dah mula banjir. So agak bimbang untuk kami balik ke sana. Bila ditanya pada aku, dengan cuti krismas yang panjang ni, aku teringin nak balik kampung, tapi hati ni berat nak balik jugak. Entah la.. Maybe sebab mak mertua kerap bagi cadangan untuk berurut dengan kawan dia. Actually im ok dengan kerisauan dan ambil cakne dia, tapi setiap kali cadangan dan pertanyaan diajukan, mak tanya pada aku. Suami buat2 tak dengar sbb pada dia jauh sangat.
 
Setiap kali mak cakap pasal tu, aku hanya cakap aku ok dengan cadangan. Tapi sampai sekarang takde pape pun. Aku setiap kali balik kampung, x berkesempatan nak pergi berurut tu.
 
" Z dah 33 kan, dah tak banyak masa, dalam 2 tahun lagi la ada masa kan kalau nak usaha. Dapat seorang pun takpe "
 
Tu la kata2 dia. Mertua aku ni sangat baik, kalau cakap banyak beralas. Tapi dalam hati kecik aku ni, aku sedih. Suami aku dari keluarga besar. Pada mereka selepas kahwin sebulan, dah tanya ada isi ke belum. Aku pulak dari keluarga kecik. And history mak aku pulak mmg susah nak dapat baby. Ermm.. bersabarlah wahai hati.
 
Serius aku dah tawar hati nak balik kampung. Macam tak reti nak react macam mana. Altho orang tak bertanya pasal aku nak preggy bila ke apa.. Tapi nampak la diorang pun kekok bila sembang pasal anak2 lain dan cucu yang dah mengandung.
 
Kekok. Sungguh aku rasa tak selesa.
 
Ya Allah permudahkan la urusan kami. Bagi la kami peluang untuk menjadi ibu dan bapa kepada zuriat kami. Amin.
 
Kerinduan kepada kampung aku pendam dulu. Alhamdulillah mak dan ayah nak datang sini. So boleh la aku lepaskan rindu.

No comments:

Post a Comment