Thursday 18 December 2014

Masih bujang? Dah kawin tapi tiada anak?

Banyak betul aku nak luahkan kat blog ni. Banyak entry yang aku nak masukkan. Sekurang-kurangnya lepas apa yang terbuku di hati.

Bila aku bersendiri, fikiran aku akan melayang jauh. Macam-macam yang terlintas. Tapi aku sentiasa berpesan pada diri ini. Syukur la dengan segala yang dikurniakan pada hari ini.

Aku kahwin pada umur 32 tahun. Altho target untuk berkahwin seawal 25 tahun. Jauh sungguh tersasar. Tapi seperti semua sedia maklum, kita manusia ini hanya merancang, tapi yang menentukan hanya Allah. Jadi terima la ketentuan ini. Setiap yang ditakdirkan kepada kita ada hikmahnya.

Sebelum aku berkahwin, semua orang disekeliling, baik keluarga, kawan sekerja, semua asyik bertanya bila nak menamatkan zaman bujang. Kalau la aku boleh meminang mana2 lelaki, alangkah mudahnya. Bersabar la dengan pertanyaan begitu walaupun dalam hati rasa sedih. Mak and ayah kenalkan dengan beberapa orang, tetapi masih belum bertemu jodoh aku.

Usaha telah di lakukan, tetapi masih belum berjaya. Aku cuba bercinta, tapi hampa juga, percintaan 4 tahun musnah sbb tiada komitmen daripada ex bf. Memang membuang masa aku, tapi anggapla itu semua pengalaman. Pengalaman yang membuatkan aku lebih matang dalam hari2 mendatang.

Akhirnya aku bertemu dengan suami. Alhamdulillah kami bahagia dengan alam perkahwinan kami walau pun masih belum di kurniakan cahaya mata.

Episod bila mau kahwin aku dah selesai. Happy bila kemana2 bersama suami, ada teman untuk bercerita, berkongsi suka dan duka. Syukur kepada Allah.

Namun hidup masih panjang untuk di teruskan. Selagi ada nyawa, selagi itu dugaan dan cabaran mendatang. Episod baru muncul, pertanyaan daripada keluarga dan rakan2 sekerja muncul lagi, kali ini, bila nak menimang cahaya mata, dan nak tunggu sampai bila?

Sedih hati ini, siapa yang tak nak anak. Aku dah cuba. Usaha dan berjumpa doktor. Bila orang bertanya nak tunggu apa? Seakan anak itu aku boleh kutip dan beli di pasar saja lagaknya. Duit bukan segalanya. Kalau duit boleh beli anak, aku dah beli. Serius. Tapi semua sedia maklum. Anak adalah rahsia Allah. Sekiranya ada rezeki aku, Allah akan kurniakan anak kepada aku dan suami. InsyaAllah.

Orang-orang di sekeliling seakan tidak sensitif dengan orang-orang yang bermasaalah seperti aku. Tidak ada logik di fikiran ke sebelum bertanya soalan2 yang boleh buat orang terasa. Ya Allah, tabahkan hati aku dan suami untuk menghadapi cubaan ini.

Walaupun masih belum dikurniakan anak sehingga hari ini, aku tetap bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang. Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment