Monday, 29 December 2014

Sensitif ke?

Lately ni asyik nak sentap ngan hubby. Padahal bukan dia marah aku pun. Tapi bila aku tanya, ada kala aku rasa jawapan dia sinis. Perasaan je la kot.
 
Cepat terasa ni sebab emosi aku tak stabil kot. Macam-macam yang aku fikir. Gangguan syaitan maybe. Ada kala aku terasa mcm mana kalau hubby nak kawin lagi? Sebab kami tak dikurniakan rezeki anak lagi. Ishkk..
 
Pernah aku tanya hubby, nak ke dia kahwin lain? Jawapannya sempoi la.. Yang ada sorang ni pun susah nak jaga, macam mana nak ada yang lain? :)
 
Senyum sekejap dengar statement tu. Dia sambung lagi, kalau lelaki nak kahwin lain, bukan sebab anak semata. Berlambak yang ada anak ramai pun still kahwin lain. True enuff la. Bukan aku tak pernah jumpa senario gitu.
 
Alhamdulillah hubby aku penyayang. Selalu care pasal aku, dan bersabar dengan kadar sentapan aku yg melampau2 lately ni. Aku akan sentiasa cuba mengawal diri dan perasaan. Jangan mudah mendengar bisikan syaitan. Aku kena kuat dan sentiasa ingat segala yang berlaku ini, cubaan, nikmat dan sebagainya adalah daripada Allah. Aku sebagai hamba, perlu syukur dan sentiasa sedar akan kebesaranNya.
 
Bukan lama hidup ini pun. Satu hari nanti, kita semua bakal pergi ke alam lain.

Monday, 22 December 2014

Balik Kampung

Now kat area Pantai Timur dah mula banjir. So agak bimbang untuk kami balik ke sana. Bila ditanya pada aku, dengan cuti krismas yang panjang ni, aku teringin nak balik kampung, tapi hati ni berat nak balik jugak. Entah la.. Maybe sebab mak mertua kerap bagi cadangan untuk berurut dengan kawan dia. Actually im ok dengan kerisauan dan ambil cakne dia, tapi setiap kali cadangan dan pertanyaan diajukan, mak tanya pada aku. Suami buat2 tak dengar sbb pada dia jauh sangat.
 
Setiap kali mak cakap pasal tu, aku hanya cakap aku ok dengan cadangan. Tapi sampai sekarang takde pape pun. Aku setiap kali balik kampung, x berkesempatan nak pergi berurut tu.
 
" Z dah 33 kan, dah tak banyak masa, dalam 2 tahun lagi la ada masa kan kalau nak usaha. Dapat seorang pun takpe "
 
Tu la kata2 dia. Mertua aku ni sangat baik, kalau cakap banyak beralas. Tapi dalam hati kecik aku ni, aku sedih. Suami aku dari keluarga besar. Pada mereka selepas kahwin sebulan, dah tanya ada isi ke belum. Aku pulak dari keluarga kecik. And history mak aku pulak mmg susah nak dapat baby. Ermm.. bersabarlah wahai hati.
 
Serius aku dah tawar hati nak balik kampung. Macam tak reti nak react macam mana. Altho orang tak bertanya pasal aku nak preggy bila ke apa.. Tapi nampak la diorang pun kekok bila sembang pasal anak2 lain dan cucu yang dah mengandung.
 
Kekok. Sungguh aku rasa tak selesa.
 
Ya Allah permudahkan la urusan kami. Bagi la kami peluang untuk menjadi ibu dan bapa kepada zuriat kami. Amin.
 
Kerinduan kepada kampung aku pendam dulu. Alhamdulillah mak dan ayah nak datang sini. So boleh la aku lepaskan rindu.

Thursday, 18 December 2014

Masih bujang? Dah kawin tapi tiada anak?

Banyak betul aku nak luahkan kat blog ni. Banyak entry yang aku nak masukkan. Sekurang-kurangnya lepas apa yang terbuku di hati.

Bila aku bersendiri, fikiran aku akan melayang jauh. Macam-macam yang terlintas. Tapi aku sentiasa berpesan pada diri ini. Syukur la dengan segala yang dikurniakan pada hari ini.

Aku kahwin pada umur 32 tahun. Altho target untuk berkahwin seawal 25 tahun. Jauh sungguh tersasar. Tapi seperti semua sedia maklum, kita manusia ini hanya merancang, tapi yang menentukan hanya Allah. Jadi terima la ketentuan ini. Setiap yang ditakdirkan kepada kita ada hikmahnya.

Sebelum aku berkahwin, semua orang disekeliling, baik keluarga, kawan sekerja, semua asyik bertanya bila nak menamatkan zaman bujang. Kalau la aku boleh meminang mana2 lelaki, alangkah mudahnya. Bersabar la dengan pertanyaan begitu walaupun dalam hati rasa sedih. Mak and ayah kenalkan dengan beberapa orang, tetapi masih belum bertemu jodoh aku.

Usaha telah di lakukan, tetapi masih belum berjaya. Aku cuba bercinta, tapi hampa juga, percintaan 4 tahun musnah sbb tiada komitmen daripada ex bf. Memang membuang masa aku, tapi anggapla itu semua pengalaman. Pengalaman yang membuatkan aku lebih matang dalam hari2 mendatang.

Akhirnya aku bertemu dengan suami. Alhamdulillah kami bahagia dengan alam perkahwinan kami walau pun masih belum di kurniakan cahaya mata.

Episod bila mau kahwin aku dah selesai. Happy bila kemana2 bersama suami, ada teman untuk bercerita, berkongsi suka dan duka. Syukur kepada Allah.

Namun hidup masih panjang untuk di teruskan. Selagi ada nyawa, selagi itu dugaan dan cabaran mendatang. Episod baru muncul, pertanyaan daripada keluarga dan rakan2 sekerja muncul lagi, kali ini, bila nak menimang cahaya mata, dan nak tunggu sampai bila?

Sedih hati ini, siapa yang tak nak anak. Aku dah cuba. Usaha dan berjumpa doktor. Bila orang bertanya nak tunggu apa? Seakan anak itu aku boleh kutip dan beli di pasar saja lagaknya. Duit bukan segalanya. Kalau duit boleh beli anak, aku dah beli. Serius. Tapi semua sedia maklum. Anak adalah rahsia Allah. Sekiranya ada rezeki aku, Allah akan kurniakan anak kepada aku dan suami. InsyaAllah.

Orang-orang di sekeliling seakan tidak sensitif dengan orang-orang yang bermasaalah seperti aku. Tidak ada logik di fikiran ke sebelum bertanya soalan2 yang boleh buat orang terasa. Ya Allah, tabahkan hati aku dan suami untuk menghadapi cubaan ini.

Walaupun masih belum dikurniakan anak sehingga hari ini, aku tetap bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang. Terima kasih Allah.

Emosi?

Sejak dua menjak ni.. aku asyik mimpi yang mengarut. Agaknya sebab banyak pk. Secara luaran, orang tengok macam ok je. Happy je. Tapi dalam hati ni hanya Allah yang tahu. Doa and terus doa semoga dikurniakan cahaya mata.

Last 3 weeks, family husband datang sini. Tapi diorang lepak kat umah adik ipar yang memang selalu takde orang. So maybe mudah kot. So aku singgah la menjenguk kat sana. Ikut hati macam dah tak nak pergi, tapi isteri kena jaga air muka suami. So aku pergi lepak sana. Hati ini sendiri terasa kot. Aku macam rasa menjauh. Entah kenapa, tapi aku rasa begitu.

Feel like sbb aku, anak lelaki dia tak merasa nak ada anak. Tapi aku tetap kuatkan semangat dan berkata dalam diri. Anak itu rahsia Allah. So biarla orang nak berkata apa-apa pun. Kena berbalik kepada Allah. Allah telah tentukan segalanya. Tunggu la masa dan ketika.

Belum Rezeki Kami untuk Anak

Ermm.. dah lama i tak mengarang. Actually wanna try conventional way to write my story mory. But when think twice.. prefer online ..maya.. because wherever i want to write something. I just write. If not takkan nak bawak my physical diary everywhere kan?

12.12.2014, my husband's birthday. Yang ke 37. And this is second birthday dia bersama aku as hubby and wifey. Actually aku sedih jugak. He love kids.. tapi sampai sekarang kami tak de rezeki anak lagi. Tapi what can i do? Aku dah doa.. and he also doa on his own.. Cuma Allah belum memberi rezeki itu kepada kami.. and i hope..very soon.

22.03.2013 - Aku nikah. Lewat in 1-2 months from adik dia. So majlis back to back la. Adik dia kawin, and then us plak. Masa aku sanding2 bagai.. biras aku dah preggy. Bunting pelamin. So i really hope i can preggy soon jugak.

Tapi apa kan daya.. Sampai hari ini.. almpst 2 yrs of marriage. We still berdua.. :) Usaha .. i met doc awal tahun 2014. Cuba apa yang patut.. but so far tak membuah kan hasil. Tapi i stay positive. Ini kerana my husband is very positive.

Bila aku down je.. he will hug me..
"Dont be stressed.. belum rezeki kita.. if takde pun.. Rasulullah yang akan tunggu kita di syurga nanti"

Syahdu setiap kali dia tenang kan aku. I love u so much.

Last week, dia balik kerja and tell me that adik dia yang kahwin awal skit dari kami tu akan dapat anak baru soon. Now wife dia preggy 3 months. Rezeki.

Tipu la kalau aku tak rasa sedih.. sedih sbb aku masih belum preggy and aku mcm tak nak nak balik kampung meet family hubby. I feel so down. Macam aku yang tak mampu nak preggy. Bila sedih banyak la suara2 yang berbisik. Ya Allah.. kuatkan la semangat aku.

Aku cuba being possitif. How? Aku keep telling myself.. aku kena belajar bersyukur. Dulu aku lambat kahwin. Aku sedih.. then Allah kurniakan aku suami yang penyayang dan memahami aku. Sepatutya aku bersyukur.

Oleh itu aku bertahan. Aku tak boleh selfish.. bersedih dengan apa yang takde setakat ini, sedangkan banyak nikmat Allah yang aku nikmati.